Thursday, April 21, 2011

ku masih ingin bermimpi

ku masih ingin bermimpi,
memasang angan nan tinggi,
kan berkorban segala jadi,
inginkan kamu muncul disini,

ku masih ingin bermimpi,
mimpikan kamu masih disisi,
melayansabar emosi ini,
buatku kuat bertambah hari.

ku masih ingin bermimpi,
bukan niat menolak realiti,
kerna realiti, pahit yang pasti,
mimpiku terpenjara di alam fantasi.

ku masih ingin bermimpi,
menyemai impian berani,
harapkan ia menjelma nanti,
walau peluangnya hanya sehari.

ku masih ingin bermimpi,
jangan kejutkan aku lagi,
kerna, suatu ketika, ku pasti,
ku kan bangun dibangkit realiti.

mn190411

aku: mimpi masih indah

Wednesday, April 13, 2011

layan jela...


poem ini telah ditapis oleh kwn2 & x dluluskan untuk d publish d sini. kerna menurut mereka, ianya bersifat pribadi dan terdapat sedikit unsur2 syok sendiri. sekian, harap maklum.


aku: cakap banyak pon xguna. moga mereka mengerti.

Thursday, March 31, 2011

kepada


Kepada Puan Widura Kadir, Umminya Safi,
Thanks sbb dapat luangkn sedikit masa,
Sanggup pulak tunggu kami yang tersesat,
Ko mmg best dari dulu lagi,
Org paling pangcuwel penah aku jumpa
Jasa baikmu sentiasa ku ingat.

Kepada Mohd Izrol Al-Halmy, Ayahnye Cik Safi,
Arigato gozaimas sbb jadik bodigat free,
W/pun ngantok, ko ttp tabahkn ati,
Melayan karenah wanita2 anggun ini,
Dan trima kaseh jua sbb jadi ejen pencari,
W/pun crita bespreng ko tu dh lama basi.

Kepada Cik Safi yang kiut dan manis,
Ini 1st time kita besua muka,
Sbb sblm ni u belom kuar lagi,
Jgn nakal2 dan jangan nanges2,
Aunty doakn Safi jadik anak yg bguna,
Supaya jadi kebangaan Ayah dan Ummi.

Kepada Cik Nusrah Mohammad Romli,
Terima kasih banyak jugak kepada anda,
Sebab sanggup ulang-alik ‘usung’ daku,
Ko mmg very straight dan ‘lidah berapi’
Tp itu yg aku suka sbb ko luahkn tanpa ‘auta’,
Lepas ni harap2 ko plak jenjalan ke rumah aku.

Kepada seorang insan, sahabat dan kawan,
Terima kasih dah tak cukup dah,
Sebab jasamu sangatlah besar dan bermakna,
Aku doakan hanya yg terbaik utkmu kawan,
Harap2 kemesraan kita x berubah,
Dan persahabatan kita kekal sampai syurga.

Kepada korang-korang semua,
Korang bagi aku sangatlah bermakna,
Walaupun hanya sempat jumpa sekali-sekala,
Jomlah pulak kita bersama-sama,
Pasni buat trip ke miri pula,
Supaya kali ni aku pulak jadik penunggu setia, bodigat free, nanny, dreba, sahabat sejati dan sebagainya….

Lop uols
Mn240211

Wednesday, February 23, 2011

mr sweet killing-me smile

Pagi2 bgn awal,
4 pagi dh g mandi,
Dengan dada yg rasa sebal,
Sbb sebahagian hatiku dbawa lari.

Lepas siap mandi manda,
Time nk kejut En.Zuzu pula,
Ina pun dh masam mencuka,
Sbb Nurul dh tunggu lama.

Aduhai Ina janganlah marah,
Aku bermake-up tidaklah lama,
Just nk minta tolong ko & Bayah,
Angkatlah beg aku masuk kereta.

Lepas masuk je dlm kereta,
Aku kol En.Zuzu semula,
Nampaknya dia bru terjaga,
Aku harap dia dtg tepat pada masanya.

Dlm kete Nurul ktorg asyek ketawa,
Sbb nk hiburkan hatiku yg gundah gulana,
Ahh…semakin dekat dengan LCCT sana,
Jantungku makin menjadi2 debarnya.

Singgah shell isi minyak keta,
Ina g bli Nescafe sbb haus katanya,
Aku kol En.Zuzu kali ke-3,
Oh legaaa…sbb dia tgh bsiap2 seadanya.

Saat itu, sepanjang perjalanan hati ku berbunga2,
Aku pun xpasti apa sebabnya,
So, tolonglah jgn ditanya,
Korg buat2 paham je dah la.

Dalam bunga2 tu, ada gak risaunya,
Jumpa nt aku nk cakap apa???
Adakah beliau ‘gentleman’ orangnya?,
Atau adakah beliau pingsan sebaik bertentang mata???

Aku tau saiz dh x sama,
Ina pun ada ingatkn aku juga,
Tapi aku x kesah itu smua,
Sebab aku dh ready sepenuhnya.

Mcm yg slalu aku cakap,
Hensem bukannya boleh dmakan,
Yang penting otaknya 'sehat',
Dan hatinya juga ‘tampan’.

Cerita si Zuzu ni dh bertahun lamanya,
Tapi sehari pun aku xpenah lupa,
Sebab apa aku xpenah lupa?...
Sukati aku la nk lupa ke xnk lupa. Apdaaa…

Adalagi…adalagi…sekarang dh tahun 2011,
Aku mengikutinya sejak 2005 lagi,
Tapi spanjang 5 tahun ni aku xpenah bebas,
Bebas? Ya, bebas dari ketaksuban yg 1 ni.

Kpd kwn2 geng kusi depan,
Aku rasa korg tau cerita 5 thn yg aku maksudkan.
Dan betapa ruginya aku, wahai kwn2,
Sebab tunggu 5 tahun hanya untuk kumpul keberanian.

Kepada kwn2 yg x duduk kusi depan,
W/pun korg x mengikuti kesah ini,
Aku rasa sdikit sebyk aku dh ceritakan,
Kalo x paham2 gak, silalah PM or email me.

Senyumannya yang panasss buatkan aku cairrr,
Dan aku x kesah pun dia bertukar dari saiz M ke saiz L,
Sbb bila dengar suaranya hatiku bagai diguyur air,
Hei! Apalah sgt duit tiket miri-KL.

Time duduk bfast @McD LCCT,
He’s talking and looking straight into my eyes,
Omaigat, kenapa KAU siksa aku begini???,
Dear God..can u please delayed d flight so I got xtra time to enjoy his smiles???

All this time I never been realized,
I never need a happy meal anymore,
Coz McD’s pancakes was so tasty and nice,
Especially when it come with a perfect smile I’ve always adore.

I can see there’s a magic running thru his eyes,
I know this is real, but I can’t have it all,
He seems don’t realize there’s something shining thru my eyes,
Even if he realize, we both know this good damn thing is impossible.


Ah, sudah! Aku jatuh lagi ke?,
Oh! Aku dh jatuh brkali-kali,
Di tempat sama, oleh sebab yg serupa,
Bezanya, jatuhan kali ini really really make me hepi.

Korg penah date @ McD?,
Ko nk duduk, dia yg tarikkan kusi?,
Bfast bersama seawal jam 6 pagi?
Dan terlalu leka smpi masuk boarding gate berlari2?

Aku penah… dan rasanya amazing sekali,
Kalaulah ada jodoh antara kami,
Akulah org yg paling hepi,
Dan korg harus hepi sekaki.

Aku sanggup tukar tiket w/pun harganya buatku hampir gila…
Semata-mata nk jumpa tuan punya senyuman manisnya,
Sbb 5 tahun dh berlalu dan aku cukup bsedia,
manalah tau, lepas ni giliran aku, kan Ina???.

Xsangka btol blh jumpa dlm keadaan camni,
Sanggup plak dia bangun seawal jam 4 pagi,
Dan sanggup plak terkejar-kejar mencari,
Dia mmg mcm ni ke atau aku yg syok sendiri????

Kepada mr sweet killing-me smile yg asli,
Kalu ttiba u tbaca entri ni,
I mintak maaple dr ujung rambut smpi ujung kaki,
Coz this time u really really really drivin’ me CRAZY!



aku: 5 tahun mengumpul keberanian. gila!!!...

Tuesday, July 13, 2010

mari berpantun




Nenas Put dimasak pajeri,
Imah menggulai si ikan bawal,
aku ada kemusykilan di hati,
apakah obatnya idong yg gatal?


'sila jawap ye'

Saturday, June 12, 2010

KITA: Dulu, kini dan selamanya..

Bila ingat zaman kita study,
Aku slalu senyum sendiri,
Tp kdg2 tersentap di ulu hati,
Sbb nilai memori kita xdpt dijual beli.

Walaupun sedih mencengkam dada,
Walaupun malas menyerang minda,
Tapi aku ketepikan semua,
Untuk mendedikasikan seloka ini kepada kamu ber-3.

Masih ingat zmn dolu?, Put suke buat notes kaler-kaler,
Time study mesti dia bancuh milo / kopi baekkk punye,
Akibat terlalu leka, tetiba notes kecik jatuh dalam mug nya,
Habislah luntur semua kaler dan notes dh xleh guna.

Ingat lagi pagi-pagi b4 kelas kita slalu tipu Wie,
Bila dia smpi dpn Perdana & kol cakap ‘Aku dh kt depan ni’,
Kita cakap baru nk kuar rumah, tgh carik kunci,
Tapi sebenarnya time tu Ina tengah mandi.

Kelas Film Critic aku penah main kejar2 dgn Mr. Norman,
Tercungap2 berlari sbb kita nk amik gambo dgn dia
Tp blh plak dia ckp “I’m camera-shy” bila aku mintak kebenaran
So, kita smua pun kecewa tp tetap ketawa.

Setiap kali kelas Moral aku akan kuar awal,
Sbb Ina & Wie amik kelas pendidikan islam,
Sib baek la ada Koman teman aku berbual,
Dan dia xkisah pun teman aku berjam-jam.

Yang paling aku tak terlupakan,
Itulah “1st moment” perkenalan,
Ina dgn konpiden bg aku salam,
Bila aku xjawab dia ingat aku kejam.

Dulu Put sangat sensitif dan anak manja,
Waktu bkenalan dia bahasakan diri Puteri atau Dalila,
Tapi aku ni jenis yang simple dan selamba,
Aku panggil “PUT” dan tak sangka smua member ikut sama.

Ingat lagi insiden lucu time kenduri kawin Wie kt belah lelaki,
Mak abg Amir menanduk sarang kerengga kt pokok mangga,
Bila Eila nk tepung tawar Mak Andam suh berenti sbb dia ingat Eila tu baby lagi,
Tp yg xbestnye jumpa mamat ‘pasan bagus’ yg kemaruk cinta.

Aku & Ina penah sekali,
Jd bodyguard Izrol & Wie,
Smpi kt rh Wie je aku tido xsedar diri,
Tinggal la Ina jd security.

Aku penah menipu byk kali tolong Wie,
Penah wat signature palsu untuk form register,
Smpi Ina & Put penah sound aku sekali,
Dorg xnk tlg aku kalu aku kantoi dgn lecturer.

Oh kawan-kawan, aku xpenah minat kaler pink,
Sbb pink buat bulu idongku gugur dan kepalaku pening,
Ttiba Put yg jd roommate aku, rupanya peminat tegar pink,
Akhirnya aku tpaksa jumpa ‘pakar psikologi’ untuk sesi kaunseling.

Kalau time buat assignment,
Wie slalu nk siap awal,
Put plak xkesah pun,
Tp aku & Ina last minit punye style.

Wie agak professional dulu,
Time aku menang kuiz mentor-mentee kt dean’s list party,
Aku tau dia jelez kt aku,
Ina plak asyek merungut sbb x ambik ayam berkali-kali.

Aku slalu sorokkan kucing Sylvester Put,
Sbb stiap kali aku bangun kucing tu mcm pandang aku,
Sampai Put nak nangis dan muka pun cemberut,
Barulah aku bgtau tpt aku sorok kucing tu.

Time buat mini project Digital Video,
Sgt seronok sbb aku jd Director,
Habis sebatang eyeliner Put,
Untuk lukis aku punye janggut.

Time buat mini project “budak skul” En. Suhaimi,
Sampaikan Put pegi skul mak dia,
Aku & Ina plak pegi sampai KB,
Tp video Put xleh guna sbb finalized dia tlupa.

Time presentation mini project INIM dulu,
‘Budak-budak buat sandwich’ tajuk Put & Wie,
Aku & Ina learning CD btajuk ‘Light’ yg mmg no.1,
Tp adakah korg ingat “Hello Freng” kumpulan Fizi?

Time buat drama ‘Snow White’ punye story,
Kita bertiga buat props dgn duit sendiri,
Jenuh kita pujuk Put jd Dwarf Sneezy,
Sbb hanya Put yg ada bakat menari.

Ingat lagi kalo time ada ‘pop-quiz’ yg x dijangka,
Jgn harap la Wie nk share jwpn dia,
Tp kalu aku tau jwpn aku share dgn smua,
Ilmu tu kan lebih afdal kalau dikongsi bersama?

Wie dolu-dolu mmg skema,
Penah mrajuk Ina panggil rambut penyapu,
Time pekena teh kt gerai mesti bayar sama-sama,
Katanya, “Aku x berkira kalau org tu x berkira dgn aku”.

Wie, ko ingat cekelat ‘Skittles’ kaler ijau tu?
Pg tu lewat bgn, xsmpt breakfast semuanya,
Kita berebut dlm keta sbb sume nk makan dulu,
Kita terjerit tkejut sbb cekelat tu masam giler.

Di akhir zaman study kat Shah Alam,
Put plak bwk keta,
Ingat lagi tak, kita penah sesat jalan?
Dan buat ‘drift’ kt tol Bukit Raja.

Kita ber-4 mmg serasi sekepalo,
Ina dulu slalu ponteng & kaki tido,
Aku & Wie jenis simple sajo,
Put plak b4 kelas kene touch-up sokmo.

Sangatlah beruntung kita ber-4,
Sbb sume org mcm dh memperakuinya,
Setiap kali kelas kita xyah ‘chop’ tempat,
Sbb seat kat row depan mmg reserved utk kita.

Ada jugak ‘Cik Pengkritik Tetap’ buat kenyataan,
Cakap kita ber-4 bodek lecturer,
Tp sume tu kita x heran kan..kan..kan..
Sbb kita student kesayangan dan lecturer pun jd member.

Hai Put..Put.. dh nk tamat zaman solo,
Wie pulok dah ada anok daro,
Ina makin teruk gilo kijo,
Ambo sore yg masih lg bertapo dale guo.

Hmm.. tak trasa masa blalu pantas skali,
Wie dh jadi isteri dan ibu yg humble,
Put plak akan menyusul lepas ni,
Hanya tinggal aku & Ina yg masih single.

Sekarang sume dh hampir berjaya,
Wie & Put dh jd lecturer ternama,
Ina plak makin bz dgn pojek2 nya,
Aku je yg masih menanti utk jd ‘Malaysia’s Next Top Model’ yg pertama.

Kepada sesiapa saja yg karekternya digambarkan secara melampau dlm seloka ini,
Saya mewakilkan diri saya sendiri ingin menyusun sepuluh jari,
Kerana saya sedang bersedia untuk ketawa dan bertepuk tangan sekuat hati,
Kesimpulannya, kerana semua kejadian dan insiden ini mmg benar-benar terjadi.

Sekian. Love uols.

Wednesday, December 23, 2009

Dinasorku sangat berani,
mulutnya kuar api, tapi kadang-kadang bau basi.

Bila dinasorku tergigit lidah,
aku mula rasa gundah, sebab nak pujuk bukan mudah.

Bila dinasorku xde mood,
salamku tak bersambut, pertanyaanku tak disahut.

Bila dinasorku mengamuk,
bontotnya ku tepuk-tepuk, supaya dia cepat sejuk,

Dinasor, ko jangan garang lagi,
nanti aku pinjam korset lawak cik Audrey, supaya kuasa infrarednya buat ko gelak xberenti.

Dinasorku yang garang,
kau kembalilah ke sarang, aku takut kau gigit orang,

Sekian.